widget


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 7 July 2012

| hati perempuan |

Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------

Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha... Kesian lelaki... alahaii.... p/s: hanya untuk hiburan semata-mata :) jgn pulak ade yg terase yee (admin ZonLawak)
|..perempuan mmg sjenis makhluk yg sgt3 complicated...tp law ada laki yg betol2  dpt tangkap setiap mkna yg tersirat kt dlm hati dya..mmg respek kerepek r kt laki tu..syabas!!..haha
so,hint yg sebenarnya dont ignore me when i ignoring you dear...|

bed time story..(~.~)

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Sumber:akuislam.com

Tuesday, 19 June 2012

NuMb

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?

Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,

Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Saturday, 24 March 2012

bila manusia bodoh sombong....=.='

assalamualaikum...hehe..entri kali neh berdasar hati hati yg sgt sakit oke..??(so..amaran kerana nie mmg berkaitan dgn yg hidup ataupown mati...anggap neh pedoman la..n jdikan ia sempadan)....

oke...finish dah drama diats..skrg kita sambong oke...al kisah masa aku tgh kja kt hospital..tahu2 la kan manusia kat hospital neh owgnya pintar2..tp kdg2 yg pintar2 tu la bodo sombong(x suma la kan)..bak pepatah saya...mengaji tinggi2..bodo bertingkat2....haishh...

  neh la yg jd bilaa doktor(dr) anggap dya hebad sgt....garagara aku berckp dgn dya..tiba2 ja aku dihina..(angannya aku neh lbeh rendah r dr dya kot..xlyk nak ckp ngn dy...hampeh punya dr..)

situasi masa tuh...

ada seorg patient neh...dr insert branula kat dya..tp sbb dya hyperactive...secara otomatiknya tercabut lah branula dya tuh..maka demikian terpancut lah drh beliau yg berlimpah lurah tuh...hbeh kena bedsheet yg ala2 putih suci murni kan...lpas hbeh keringkan drh dya relative patient mintak aku tolong pkaikan pampers2 kat dya...so..,aku yg x dk kja nak wt neh p la tolong walapown aku neh sbnqnya tgh jaga cubicle acute..(cubicle paling bz)hehe..tu la,,rjin terlbeh nak tolong owg..kwn pnya psl aku tolong la kan...(patient tu cubicle laen.)..xpa2..lillahi ta'ala..secara kebetulannya dr tuh pown ada kat sblah aku ms aku tgh tukarkan pampers patient tersebot...

DOKTOR-adik??awak wt apa tuh??
AKU-tkar pampers jap dr...
DOKTOR-(dgn nada tinggi)HEY!!who are u hah..
AKU-saya student nurse doktor...
DOKTOR-where is your nurse???
AKU-nurse saya ada kat belakang..saya jaga kat kubikel blkg dr...
DOKTOR-u are very rude you know..who are u want to talk like that wif me hah??oke..i want u to change the bedsheet n clean the blood..(egt aku radicare ka apa..dah la ngarah x tentu psl...tampaq nak??..ohh,law la aku leh ckp cmtu ngn dya)
AKU-(dgn muka banggang n terasa benggang)..ok doktor..
(agak2sebab aku x speaking skipping ngn dya kodd)

xpuas hati lg...si dr tuh p lak kt staff nurse n swuh staff nurse warning aku...dya kata ramai speacialist complain sai aku..kata aku ckp kuang ajo ngn specialist..ohh doktor yg #$%&*..aku neh 1st time jumpa ang la weh..bila la plak aku g sembang ngn ang..pless la..law silap owg OR terpekak sebntar ka...jgan la nak kata aku kuang ajo oke..aku sgt x puas hati...staff nurse pown yg dah tow pangai dr tuh swuh ja aku bersabo n wt dunno..cara dya ckp ngn junior dya pown hampeh...skrg sapa yg lbeh rude hah??bagai diri tuh hebad sgt smpai nak ckp ngn dya pown kena hina kan??takat specialist ja pown...bukan tuhan...(ohh,,luahan perasaan)

sini yee doktor specialist yg berlagak pandai lg hebad...saye ade cite benar kat awok..nak bgtow yg doktor neh x la hebad sgt law x dk nurse oke...so,listen carrefully...

neh cita aku ms sem 2 or sem1..huhu..aku pown x pasti..patient(pt) aku neh ada hypertention(drh tinggi) yg tersgt la tinggi..aku cek manually kodd blood pressure(BP) pt tuh ...ole disbbkan dya x caya sama aku..dya pown p la cek lg sekali kat pt tuh..tow dk apa dya wt???

bygkan oke..dya amek sphygmomanometer(alat cek BP)..ok pastu dya psgkan kat pt tersebot..kemudian amek stethoscope dya pakai kat telinga dya..TAPI!!!!! yg chestpiece p ltk dlm poket...apa kejadahnya ltk dlm poket..nak dgr systolic n dyasolic mcm na....padahal kena letak kat brachial artery(kedudukan dya kat lengan)..pastu plak p pam lengan pt tuh berkali2..asa nak tergelak ja tgk gelagat dya...tp thn jela atas dasar kemanusian..pastu dya merungut x dgq papa..hai la doktor awok nak dgq cmna la law awok ltk chestpiece tuh kat dlm poket awok.. haish,,,doktor oo doktor..tu blom aku cita lg bab ECG..or insert ryle's tube..lg la asa nak tergelak .see??doktor pown ada khilaf nya jgk..x la tinggi sgtt pown darjat awok..cuma gji ja lbeh dr saya..ada jgk bnda yg awok x tahu...so,jgnla nak bongkak sgt,,,mloat laa...


sphygmomanometer
stethoscope





cara cek BP


oke..pada sapa yg terasa..saya mohon maaf k...saya just nak wt pedoman tok owg bongkak..(dlm ms yg sama nak lpaskan geram..huhu)..x suma doktor tuh bongkak,,ada jgk yg baik kan...^^v

Tuesday, 20 March 2012

ohh daging kambing..haha

Entri kalim neh cita sal something yg bleh wt aku gelak x egt dunia..HAHAHA

    mamat manusia yg gila kan daging kambing...hari2 hidupnya MESTI dgn kambing.sate kambing,,kambing panggang,,kambing salai..KAMBING..KAMBING..KAMBING..

sampai la satu hari..jeng3!!huhu..beliau jth sakit,,so,setelah berjumpa doktor..doktor sarankan beliau berhenti makan daging kecuali daging dari binatang yang boleh terbang dan berenang selain sayur-sayuran dan buah-buahan..

setelah sebulan.doktor pown pergi melawat mamat neh tok check up..

TOK3...!!pintu rumah Mamat di ketok..

DOKTOR-Assalamualaikum...ada orang x??
SARIPAH(merangkap orang gaji Mamat)-ye,,sebentar ya pak..

pintu pown dibuka...kreekkkkkkkk

SARIPAH-bapak maw carik ciapa ya pak??
DOKTOR-saya doktor nya encik Mamat..boleh saya jumpa beliau??
SARIPAH-ohh,tentu aja boleh pak,,,silakan masuk..bapak Mamat ada sih di kolam renang..

dalam hati doktor tu rasa bersyukur sangat sebab patient beliau sudah belajar exercise..
DOKTOR-*dlm hati...wahh..betobat jgk cik Mamat neh....bgus la...sonang hati eden haaa..

TAPI!!!!setelah sampaii di kolam renang...

MAMAT--haa kambing..lepas neh aku nak kau buat kuak lentang lak..lth aku ngajo ko...bila la ko nk master bidang berenang neh..xsabo aku nak mkn ko..

Doktor tersebot pown diam tanpa kata lalu sepi meninggalkan perkarangan rumah Mamat..sampai sekarg kedudukan doktor tersebut x dpt dikesan,,,

                                                                                                                                         ~THE END~

Wednesday, 14 March 2012

kerinduan yg terubat..peace...

Assalamualaikum...hehe...baru2 neh aku ada blek kedah sebb cuti midsem..huhu..maka dengan ini, terubat la rindu aku kt vida2 aku di umah tu...mcm besa la kan..cuti2 neh pot aku kt city plaza ja la...hehe..kt sana kami snap2 kit...huihuihui

si gemok dgn kwn dya yg kuruih melidi...haha


peace utk si boyot..huhu



kematangan yg terserlah..xgitu???huhu





suka sgt pic neh..

muncet2 yg aku syg sgt2
si budak buncit yg berjalan2..huahaha




neh la adik aku yg demokk
 Haish(law mak tow aku mngeluh neh..mmg siap la..huhu)..dugaan kt CP mmg bnyak..haritu ada jualan nset & kamera berjenama murah2 gilerrr...nokia..samsung,,CSL,,nikon..sony,,mcm2 lg r...harga dya mmg berbaloi sgt..tp syg la...cek bwu ja tkaq nset ms tu..so,xdapek la eden nak membelinya...haishh..law la ada dwet ms tu,mmg niat nak wt suprise kat mak ja..anyway..neh la nset terbaru saya,,,,TADA!!

mmg la nset saya x secggih korang..tp neh la buah hati saya..:



neh la nset yg sntiasa setia ngn aku dr fom3 sampai skrg..syg ang ketat2




dah siap shopping3 kt CP..kami pownn kuar la..TIBATIBA!!!(caett..wt suspen lak an..)kami terKEJUT BERUK SBENTAR dgn prmndngan kt majlis bandaraya alor setar..(dok btaun2 kat alor staq bwu tow MBAS cantekk..haha)..so,,again...ber-snap-ing la kami..uhh,xmalu dah aih ngn pak cik2 kat MBAS tuh baq ang..haha



 
sisters foleberr...

 



            

tima kasih daun kladi ye MBAS sbb bg kami menggila sbntar ditmpat anda..huhu
hari tu aku hepi sgt2 leh shopping dgn adik2 aku yg muncet2 tuh...do,,sampe sini saja la..trima kasih kerana sudi melayan saya,.,..:)

opsss..one more thing...neh doa tabahkan hati & tingkatkan kesabaran kita bila ditimpa masalah..moga2 kalian kuat hadapi suma rintangan dgn mengamalkan doa neh...insyaALLAH..



 

Sunday, 4 March 2012

trouble is a fwen OR fwen is a trouble??



entry kali neh mmg agak sedih..bcoz i just lost my bestie..dya kwn yg sgt super duper hebat n aku xpnah nyesal kwn ngn  dya... but lately..kami gadoh..can u imagine dah 7 taun kami kawan..aku x pnh niat buruk dgn dya...sntiasa tolong dya..tp suatu hari dya antr msg AKU XKAN MNX TOLONG ANG LG...sbb dya kata aku pnyebab dya n pkwe dya brgduh sampai sebot "hang aku"..apa perasaan hampa law hmpa ckp bek2 tiba 2 owg tdoh mcm tu..sakit kan..sbb jntn ja dya mmpu kuarkan prkataan mcm tu..yess,,,she's already mnx maaf...ayat dya "bila aku tow tntg msg yg ang antq kat tutttttt...bwu aku mnx maap.."so means that ang xpcaya la aku neh bniat nak tolong ang..tp anggap aku brukkn ang depan marka ang..pless la weh...aku pown ada perasaan..tarak la busuk sgt hati aku neh..tp xkan tep2 kli maw mnx maaf..maaf is just not good enuf..aku pown trlanjur ptoskan hbngn kami..then regret take a place on me..aku pown cuba bebek dgn syrt aku xmo dah msok cmpur urusan pribadi dya..out of sudden dya antq msg yg dya pown mls pk n kata BUKAN DYA YANG X MAW KWN..yup..mmg la bkn ang yg x mo kwn..tp aku ...mslahnya ang x terpkiaq ka napa aku ptoskan fwenship kita..aigoo~~..xpham la minah neh..elok2 aku nak bebek..p wt ayt bikin hot..aku pown jwb la..mmg bkn ang xmo kwn tp ang x pk hati kwn..then dya antq msg..mmg aku x pk..tp ang ada ka pk waktu antq msg tu..aku pown asa mcm gibab ja bebek ngn owg yg xpnh pk slh dya..bg aku..dya xkan tima tu slh dya..bg dya..maap tu dah ckop lpas robek perasaan owg..bkn aku keras hati..tp enuf is enuf..i really miss my fwen right now...tp asanya dya dah bhgia ngn kwn2 baru dya..xpala..aku tumpang bhgia tgk dya x asa nyesal.aku prefer xdak kwn dr kwn tdoh ngn kwn sndri..lth ngn sifat manusia..aku tow ada jgk slh aku ms neh...tp x leh ka instead of saying something stuporr(bahasa medik=stupid) ang leh kan ckp...it's okay..aku pown nak bebek ngn ang..aku x mo gdoh ngn ang..aku syg prshbatn kita..pyh ka ang rendahkan ego ang mcm tu...kwn bkn tmpat ang boleh lepas kan kemarahan ang n then bila otak tu dh brfungsi dgn baik semula bwu ang mnx maap,,apkess...aku leh jd pndngar setia ang..kwn yg sntiasa ada utk ang...tp aku bkn bahan tok dicemuh...dipakai bila prlu n dicerca bila tntion..annoying la weh...